dekad | /dékad/ jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dekad | (dékad) jangka masa sepuluh tahun, dasawarsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dekad | /dékad/ jangka masa sepuluh tahun:~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910. | Kamus Pelajar |
dekade | (dékade) IB dekad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dasawarsa | masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu ~; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumur | 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Ada | Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang mirip bahasa Pascal tetapi mempunyai ciri bermodul, dengan ketahanan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa ini dicipta oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada penghujung dekad 1970-an dan diberi nama Ada mengambil sempena nama Ada Agusta Lovelace, orang yang dianggap oleh kebanyakan penyelidik komputer sebagai pengatur cara pertama. | Kamus Komputer |
umur | 1. jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diada-kan dsb), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dsb), usia: ~ budak ini baharu enam tahun; cukup (sampai) ~ sudah dewasa; di bawah ~ belum dewasa; dimakan ~ sudah tua; dlm ~ tuanya pd ketika dia telah tua; lanjut (lewat) ~ sudah tua; panjang ~ lama hidupnya; pendek (singkat) ~ tidak lama hidupnya (mati semasih muda); 2. ki hidup, hayat, nyawa: kalau ada ~, kita akan bertemu lagi; ~ setahun jagung (darah setampuk pinang) prb seseorang yg masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat; seumur 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; berumur 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |