depak II | bunyi spt bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai dll); berdepak-depak berbunyi depak berulang-ulang; mendepakkan membunyikan depak dgn lidah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdepak-depak | berbunyi depak berulang-ulang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
depak I | Jk; mendepak 1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd undang-undang persatuan; pendepakan perihal atau perbuatan mendepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendepakkan | membunyikan depak dgn lidah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendang | sepak (dgn kaki), depak, terajang; ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu; ~ pusaka Kl mati (ayam); ~ terajang menyepak dgn kedua-dua belah kaki; ~ tumit mendepakkan tumit; bertendang saling menerajang (mendepak): bertumbuk ~ spt anjing dgn kucing; menendang 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; tendangan hasil perbuatan menendang, sepak-an (bola dll): dia tercampak ke sudut gelang-gang oleh suatu ~ kencang drpd Umbang; ~ bebas tendangan percuma; ~ penjuru tendangan dr sudut padang yg dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dgn pintu gol pasukan lawan (bola sepak); ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak); penendang orang yg menendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepak | (sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-geri, sikap; bola ~ sj permainan bola di padang dgn cara menyepak; bersepak bermain sepak; ~ raga bermain sepak raga; menyepak memukul dgn kaki, menendang, mendepak: ia ~ punggung temannya; ~ bola; ~ raga; bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu yg membenci mentuanya; menyepakkan memukulkan dgn kaki, me-nendangkan; sepakan hasil menyepak, tendangan; ~ sudut tendangan penjuru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendepakan | perihal atau perbuatan mendepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |