pancaindera | deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deria | kemampuan utk mengetahui keadaan melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, penciuman dan kecapan. penderia alat yg dpt mengesan atau mengukur perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; sensor: Cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
deria | kemampuan utk mengetahui keadaan melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, penciuman dan kecapan. | Kamus Pelajar |
pembau | (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deria | alat perasa (pencium, pendengaran, pelihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enderia | ®deria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencium | 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olfaksi | (Bio) 1. deria bau; 2. perbuatan atau proses menghidu, pembauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anosmia | (Ubat) kehilangan deria bau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olfaktori | (Bio) berkaitan dgn deria bau: saraf ~; organ ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |