gigi kacip | salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anterior | (antérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yg lain, pd tubuh: sesungut terletak di bahagian ~ lipas; 2. terletak paling jauh dr batang utama (bkn bahagian bunga atau daun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahat penarah | pahat yg tajam hujungnya dan digunakan utk menarah reja di bahagian hujung kayu, menepatkan bahagian-bahagian sudut dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelepak | (kelépak) 1. terkelepai spt telinga gajah, terkulai; 2. kelemping (bkn susu perempuan tua); ~-kelepang bunyi spt gendang dipalu: paluan kompang berterusan dgn ~; ~ baju lipatan kain yg berkelepai di bahagian dada baju; baju ~ baju yg terbuka di bahagian dadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ridip | sirip di bahagian belakang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bongkok udang | bongkok di bahagian tengah belakang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusuk kepala | alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkap penangguh | tingkap di bahagian dapur rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dayung peminggang | dayung di bahagian tengah-tengah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goiter | (Ubat) bengkak di bahagian hadapan leher yg disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid (kelenjar yg menghasilkan hormon pertumbuhan dan perkembangan tubuh). | Kamus Dewan Edisi Keempat |