teriang | Pr buah-buahan yg masih tinggal di pohon (pd penghujung musim). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahmat | Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi, mengurniai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menengadah | memandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat burung-burung yg bertengger di pohon itu. menengadahkan; ~ kepala (muka) menghalakan kepala (muka) ke atas; mendongakkan kepala (muka). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menengadah | memandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat burung-burung yg bertengger di pohon itu. | Kamus Pelajar |
berbuai | 1. terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun: gugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin; 2. menaiki buaian: anak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buai | ayun; berbuai 1. terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun: gugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin; 2. menaiki buaian: anak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya;berbuai-buai berbuai berulang-ulang, berayun(-ayun): badannya yg gemuk kelihatan ~ apabila dia berjalan; membuai 1. menggerakkan sesuatu hingga berbuai-buai: alun besar ~ kapal; 2. mengasyikkan, melekakan, melenakan: hanyut dibuai khayalan; matanya dihalakan ke hadapan dan perasaannya tiba-tiba dibuai kesedihan;membuaikan 1. mengayunkan buai: ~ anak sehingga terlena; 2. menyebabkan berbuai: angin yg bertiup lembut ~ janggutnya;terbuai-buai terus berbuai beberapa kali, terayun-ayun;buaian 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengadah | menghala ke atas (bkn kepala atau muka); lw tunduk: Sudah terhantuk baru ~. menengadah memandang ke atas; mengangkat kepala; mendongak: Dia ~ melihat burung-burung yg bertengger di pohon itu. menengadahkan; ~ kepala (muka) menghalakan kepala (muka) ke atas; mendongakkan kepala (muka). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerimbunan | perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerendangan | perihal, keadaan atau sifat rendang: ~ pohon-pohon di situ dapat dijadi-kan tempat berteduh drpd pancaran mata-hari yg terik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masak | 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |