membungkam | 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyogokkan | 1 memberikan sesuatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyogokkan | 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, mengunjurkan, mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki mengemukakan (utk diterima, digunakan, dsb), menyorongkan, menonjolkan: sebelum murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pelajaran yg lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkam | tidak berbunyi atau tidak bersuara; membisu; diam; senyap: Ketika guru masuk, semua murid ~. membungkam 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). pembungkam 1 alat utk membungkam. 2 jampi dsb utk membungkam orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diam-diam | 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diam-diam | 1. tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit:Dia berkahwin ~ saja. 2. dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. | Kamus Pelajar |
susup | ; ~-sasap ke sana ke mari dgn cepat (utk menyorok dsb):Tikus itu lari ~-sasap dikejar kucing. menyusup 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. menyusupi menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu. menyusupkan 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. penyusupan perbuatan (hal dsb) menyusup atau menyusupkan. penyusup orang yg masuk secara diam-diam; penyeludup: Pasukan polis laut telah berjaya menangkap kedua-dua ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusup | 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. | Kamus Pelajar |
bisik | suara yg perlahan: Aku terdengar-dengar ~ rayunya yg manja. berbisik 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. membisiki memberitahu seseorang dgn diam-diam: Ia ~ adiknya supaya tidak bercakap terlalu kuat. membisikkan mengatakan sesuatu dgn perlahan; memberitahukan sesuatu dgn berbisik: Dia ~ sesuatu kpd pengawal itu. bisikan 1 sesuatu yg dibisikkan. 2 apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susup; ~ -sasap | 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. | Kamus Pelajar |