Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibalik

Puisi
 

Cik Amat bawah rumah,
     Daun selasih dibalik-balik;
Minta maaf tuan rumah,
     Kami mula hendak balik.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membalik-balik1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
titik apiId tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta;Kamus Dewan Edisi Keempat
titik II1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik.Kamus Dewan Edisi Keempat
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas