Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tepung1 benda yg ditumbuk, di­giling dll hingga hancur dan lumat: ~ jagung. 2 benda yg sejak asalnya sedia lumat; bubuk; serbuk: ~ sari debunga. ~ beras tepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih. ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum. ~ gomak kuih berinti yg dibuat drpd tepung pulut dan diselaputi tepung kacang hijau. ~ sagu tepung yg dibuat drpd sagu. ~ suji tepung yg kasar (drpd gandum). ~ talam kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan dimasak di dlm bokor. ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu. menepung menumbuk atau mengisar beras dll hingga menjadi tepung: ~ jagung me­numbuk atau mengisar biji jagung hingga menjadi tepung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keletah/kelétah/ gerak-geri yg dibuat-buat; pertuturan yg dibuat-buat; suka bergaya (bkn gadis); genit. berkeletah berlagak dgn gaya yg dibuat-buat; bergaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gulabenda manis yg dibuat drpd air beberapa jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya tebu. ~ aising gula berbentuk serbuk halus yg digunakan utk membuat aising kek dsb. ~ anggur gula yg dibuat drpd buah anggur. ~ batu gula yg berketul-ketul. ~ darah ist glukosa yg terdapat dlm darah. ~ kabung gula yg dibuat drpd nira kabung. ~ melaka gula yg dibuat drpd nira kelapa. ~ merah gula berwarna coklat atau coklat kehitam-hitaman yg dibuat drpd air tebu. ~ pasir gula yg dibuat drpd air tebu dan berupa spt pasir. ~ ringkas gula dlm bentuk yg tidak dpt dihuraikan lagi (glukosa dsb). ~ tarik sj kuih yg dibuat drpd gula dll. gula-gula 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. menggulai memberi bergula; membubuh gula pd: ~ kopi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepung berastepung yg dibuat drpd beras utk dibuat kuih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasutalas kaki (dibuat drpd getah, kulit dll) yg menutupi bahagian kaki; sepatu. ~ bola kasut yg dibuat drpd kulit utk dipakai ketika bermain bola. ~ but kasut yg sampai ke atas mata kaki. ~ getah kasut yg lapiknya dibuat drpd getah dan penutupnya dibuat drpd kain. ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis yg terletak tegak pd bahagian tapaknya, yg dipakai utk meluncur di permukaan ais. ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk meluncur di kawasan yg licin, spt di atas jalan atau di atas gelanggang. berkasut 1 mempunyai kasut: Dia tidak pernah ~ sehinggalah ia bersekolah. 2 memakai kasut: Dia berjalan tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaleng/kaléng/ 1 besi tipis yg berlapis timah utk dibuat baldi dll; tin: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas (tempat mengisi makanan dll) yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah. kaleng-kalengan makanan yg diisikan dlm kaleng; makanan dlm tin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramuanbahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging?Kamus Pelajar Edisi Kedua
gambar1 sesuatu yg dibuat menyerupai sesuatu yg lain dgn melukis; hasil drpd melukis; lukisan: Cantik sungguh ~ ini, siapa yg melukisnya? 2 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera: Mereka mengambil ~ ketika melawat ke Desa Ru. 3 tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn mengukir; patung. bergambar 1 ada gambarnya; dihias dgn gambar; buku ~; majalah ~. 2 dibuat gambarnya dgn menggunakan kamera; mengambil gambar: Sebelum bermain, kedua-dua pasukan itu telah ~ dahulu. menggambar membuat gambar; melukis gambar: Dia pandai sekali ~ orang. menggambarkan 1 membuat gambar utk: Amin ~ adiknya seekor harimau. 2 melukis supaya menyerupai sesuatu: Ali ~ Ahmad berpakaian tentera laut. 3 menjadikan dpt diketahui atau dpt dibayangkan dlm fikiran; membayangkan: Lukisan ini ~ penderitaan rakyat di kawasan luar bandar. tergambar digambarkan atau dibayangkan: Apakah pengajaran yg anda dpt drpd peristiwa yg ~ dlm syair itu? gambaran 1 hasil drpd menggambar; lukisan. 2 apa-apa yg dpt dibayangkan drpd sesuatu cerita dll; bayangan atau tanggapan yg didapat drpd sesuatu cerita dll: Kedua-dua buku ini memberikan ~ yg terang ttg negara kita dlm kurun kesembilan belas. penggambaran perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pagar1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: Kebun sayurnya ~ buluh. memagar membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar: Pak Abu ~ buluh di keliling kebunnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
undang-undang1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas