tingkap | lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terungkai | telah dpt dibuka atau diuraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tutup | 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. ~ botol sumbat botol; tudung botol. ~ kepala tudung kepala (songkok, kain tudung dll). ~ mulut a. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan. ~ pintu daun pintu. bertutup ada tutupnya; memakai tutup atau tudung. menutup 1 merapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau bertudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. menutupi menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. menutupkan 1 menggunakan sesuatu utk menutup: Ia ~ tuala pd kepala anaknya. 2 menutup utk orang lain; mengatupkan: Ani ~ ibunya pintu. tertutup 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. tutupan 1 alat utk menutup; penutup. 2 ki sesuatu yg tertutup (spt tempat mengurung): rumah ~ penjara; orang ~ orang yg dihukum penjara. penutupan perbuatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. penutup 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terungkai | telah dpt dibuka atau diuraikan. | Kamus Pelajar |
melucuti | 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akaun bank | akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petempatan | kawasan yg baru dibuka utk didiami orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranyuk | radang: pintu itu dibuka oleh Saniah dgn kuat dan ~; meranyuk meradang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelat IV | lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk): apabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; matanya ~ berasa lekat (sehabis tidur); pengelat; jarum ~ jarum penyemat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akaun simpanan | akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |