keluangan | kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus induksi | kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kursus | latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bidang I | 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |