Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didaki

Puisi
 

Kalau tuan mendaki bukit,
     Bukit didaki terlalu tinggi;
Sungguh cantik bulan terbit,
     Ada bintang baru berseri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ke bukit sama didaki,
     ke laut sama direnangi;
adat tiada bertukar,
     rahsia tidak berubah.

Bermaksud :

Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terdakidpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terdakidpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya.Kamus Pelajar
terdakidapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
cangkat1. bukit kecil, anak bukit; ~ sama didaki lurah sama dituruni prb sama-sama merasai kesusahan atau kesenangan; 2. (bkn air) tidak dalam, cetek, tohor.Kamus Dewan Edisi Keempat
daki II; mendaki 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daki II; mendaki 1. memanjat (bukti, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2. makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1. perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2. bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki.Kamus Pelajar
lurah I1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
daki II; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, me­­maju­kan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung.Kamus Dewan Edisi Keempat
gunungbukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll); ~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu; gunung-gemunung banjaran gunung; gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil; bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~; menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, me­muncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~; menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas