kitar semula | kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kitar | ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pisau | besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zink | logam berwarna biru keputih-putihan dan banyak digunakan utk atap dll; timah sari; ayan: Rumahnya beratap ~. ~ fosfida ist serbuk spt pasir berwarna kelabu dan beracun, digunakan sbg racun tikus, dlm ubat-ubatan dsb. ~ hidroksida ist hablur tidak berwarna yg larut di dlm air dan digunakan sbg perantara kimia dll. ~ karbonat ist hablur putih yg tidak larut di dlm air dan digunakan di dlm tembikar, ubat dll. ~ klorida ist hablur putih yg larut dlm air dan alkohol dan digunakan sbg mangkin, dlm penyaduran elektrik dll. ~ kromat pewarna cat yg berbentuk pigmen berwarna kuning, yg beracun dan digunakan utk mengurangkan kesan hakisan dan kakisan pd keluli (utk menghalang karat). ~ oksida ist serbuk putih kekelabu-kelabuan yg tidak larut di dlm air dan digunakan dlm alat solek, sbg bahan pewarna dlm cat dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kertas | benda tipis yg dibuat drpd kayu dll dan digunakan sbg alat tulis dll. ~ bungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang-barang. ~ emas kertas berwarna emas spt yg terdapat di dlm kotak pembungkus rokok. ~ empelas (las) kertas yg dilapisi serbuk kaca, pasir dll utk melicinkan kayu dll. ~ graf kertas yg berpetak-petak empat segi sama yg digunakan utk melukis graf atau rajah. ~ grid kertas yg bergaris-garis atau berpetak-petak empat segi sama utk melukis peta, carta, rajah dll. ~ kaca kertas yg dilapisi serbuk kaca utk melincinkan sesuatu. ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. ~ kerja makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah. ~ lap kertas utk mengeringkan tulisan dakwat. ~ las basah kertas las yg kalis air dan digunakan apabila mengempelas cat, logam dsb. ~ las kering kertas las yg menggunakan glu haiwan utk mengikat butir-butir bahan (pasir, kaca dll) yg dilapiskan pdnya. ~ lilin kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan. ~ litmus kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. ~ lukis(an) kertas tempat membuat lukisan. ~ pasir kertas yg dilapisi serbuk pasir utk melicinkan sesuatu. ~ rokok kertas tipis utk menggulung rokok. ~ saring (turas) kertas utk menapis benda-benda yg cair. ~ surih kertas yg nipis dan licin utk menyalin peta dll. ~ tisu kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan (muka dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta | /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
magnesium | ist unsur logam berwarna putih keperak-perakan yg dpt ditempa dan digunakan utk membuat aloi, bunga api dll. ~ hidroksida serbuk putih yg agak larut dlm air dan digunakan sbg bahan perantara dlm proses pengeluaran logam magnesium. ~ karbonat serbuk putih yg tidak berbau dan tidak larut dlm air, digunakan utk membuat gelas, kosmetik dll. ~ klorida hablur putih yg lembap cair, larut dlm air dan alkohol dan digunakan dlm bahan pembasmi kuman, dlm alat pemadam api dll. ~ oksida serbuk putih yg mempunyai takat lebur yg tinggi dan digunakan dlm penebatan elektrik, dlm kosmetik dll. ~ sulfat sebatian berhablur yg tidak berwarna dan digunakan utk membuat bahan letupan, baja dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
natrium | ist unsur logam berwarna perak yg banyak terdapat dlm garam biasa dsb dan digunakan dlm pengeluaran bahan kimia, penapisan petroleum dll. ~ arsenat hablur beracun yg tidak berwarna dan larut di dlm air (digunakan sbg bahan pembunuh serangga dll). ~ hidroksida hablur putih yg lembap cair dan larut dlm air, alkohol dan gliserol (digunakan sbg bahan uji utk menganalisis sesuatu, sbg bahan pembersih dsb). ~ karbonat hablur tidak berwarna atau berwarna putih dan tidak berbau (digunakan dlm pembuatan gelas, sabun, kertas dll). ~ klorida hablur berwarna putih yg larut dlm air dan digunakan dlm masakan dll; garam biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ubat | 1 sesuatu yg disapukan, dimakan atau digunakan utk menyembuhkan penyakit atau utk menyihatkan badan. 2 bahan kimia yg digunakan utk bermacam-macam maksud spt membunuh kuman, meracun serangga. 3 jampi; guna-guna; mantera. ~ batuk ubat utk menyembuhkan batuk. ~ bedil bahan ledakan utk peluru senapang, pistol dll. ~ bius ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit sewaktu menjalani pembedahan, rawatan dsb. ~ getah asid yg digunakan utk membekukan susu getah. ~ periuk ubat kampung utk orang perempuan yg baru bersalin. ~ sedut ubat mudah meruap yg biasanya diisikan dlm bekas kecil, yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb. ~ tidur a. ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur. b. ubat bius. ubat-ubatan berbagai-bagai jenis ubat; ramuan utk membuat ubat. berubat 1 menggunakan ubat: Jika tidak mahu ~, bila akan baik sakitmu itu? 2 meminta ubat (kpd): Dia ~ kpd doktor Ramli. mengubati 1 memberikan ubat supaya sembuh penyakitnya; menyembuhkan dgn ubat: Doktor baru saja ~ emaknya. ~ penyakit kulit. 2 ki menghibur: ~ hati yg luka. mengubatkan menggunakan sesuatu sbg ubat; memakai sesuatu utk mengubati; mengubati dgn. perubatan semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat: ilmu ~. pengubatan perbuatan (cara dsb) mengubati. pengubat sesuatu yg digunakan utk mengubati: ~ hati penghibur hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukat | 1 bekas yg dpt diisi sebanyak 4 gantang dan digunakan utk menakar atau utk mengukur sesuatu. 2 = sukatan sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. menyukat 1 mengukur atau mengira banyaknya sesuatu benda dgn sukat. 2 mengukur besarnya (luasnya, panjangnya dsb) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu: Dua orang juruukur sedang ~ tapak sebuah bangunan. sukatan 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. penyukatan hal atau perbuatan menyukat. penyukat 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |