Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijemput

Puisi
 

Sayang Cik Mamat pergi menuba,
     Ikan dituba habis mati;
Orang dijemput sudahlah tiba,
     Riuh-rendah orang menanti.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jemput-jemput1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng);Kamus Dewan Edisi Keempat
jemput I; sejemput sebanyak yg dapat di­ambil dgn hujung jari, secekut: dia meng­ambil ~ tembakau; jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; jemputan hasil drpd menjemput (men­cekut).Kamus Dewan Edisi Keempat
tetamuorang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~; ~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
suap1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau me­minta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuap­suapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dima­sukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang jemputanorang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
jemputan1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu;Kamus Dewan Edisi Keempat
suap1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kira-kira1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka;Kamus Dewan Edisi Keempat
hari ibu bapahari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput);Kamus Dewan Edisi Keempat
suap 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan jangan terlalu besar ~mu.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas