kedai | bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedai | bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1. membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2. membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. | Kamus Pelajar |
terjual | 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pamer | /pamér/; mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pamer /pamér/ | mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan pakaian dll: ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar |
rugi | 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual | bp = berjual, menjual; ~ lagak menunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) sombong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak memperagakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) membuat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak menjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk kepentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jualkan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagangan di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
roti | sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambakan | 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbotol | diisi (dijual dsb) dlm botol; minuman ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |