Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikuatkuasakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mandatorimesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): Dia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
undang daruratundang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
mandatorimesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan; memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan; pemandatorian perihal (proses atau tin­dakan) memandatorikan: ~ itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan Jawatankuasa Kabinet.Kamus Dewan Edisi Keempat
menguatkuasakanmenjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
aku janjijanji atau pengakuan yg menjadi asas utk melaksanakan sesuatu tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dsb): mulai tahun depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan awam; kementerian me­nge­­luarkan surat ~ sbg syarat kelulusan se­belum guru dibenarkan mengikuti PJJ; mengaku janji membuat aku janji: sese­orang yg ~ utk menjalankan kerja pembi­naan tanpa didaftarkan sbg kontraktor berdaftar dianggap melakukan kesalahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menguatkuasakanmenjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat kuasakuasa yg sah atau mula berlakunya sesuatu peraturan, undang-undang dll. berkuat kuasa mula menjadi sah atau mula berlaku; mula dijalankan (bkn peraturan dsb): Peraturan itu ~ pd 1 Januari 1986. menguatkuasakan menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. penguatkuasaan perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang. penguat kuasa orang yg menguatkuasakan (undang-undang dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
amanah1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: baha­gia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan ama­nah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mah­kamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menen­tu­kan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (me­nye­rah­kan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakho­da Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tinda­kan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
darurat1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), ke­sukaran yg timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb) yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat; mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuat kuasa1. perihal mulai berlakunya (per­aturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang­undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas