Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikutip

Puisi
 

Apa dikutip pisang memandak,
     Pisang baling banyak lagi;
Apa dikutip saya tak hendak,
     Orang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kutipansesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sitatIB sesuatu yg dikutip (dipetik), kutipan, nukilan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cukeId bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah;Kamus Dewan Edisi Keempat
hapus kira(Eko) 1. penghapusan sesuatu hutang yg dianggap tidak boleh dikutip lagi, dan dgn itu dianggap sbg perbelanjaan atau kerugian; 2. pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung rugi yg menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus; menghapus kira membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
acar II= acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
dendaan1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
cukai1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikena­kan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barang­barang tempatan (utk mengelakkan persaing­an yg boleh mengancam pengeluaran barang-­barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) men­cukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kutip; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
denda1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. meng­hukum (biasanya berkaitan dgn ke­salahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana ke­cuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas