pekerjaan | 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prasunting(pre-edit) | Penyuntingan yang dilakukan sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. | Kamus Komputer |
tawaf | 1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindak | ; ~-tanduk apa-apa yg dilakukan; perbuatan. bertindak menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan; bertugas: Pihak polis telah ~ mencegah kecurian di kampung itu. tindakan 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; berbuat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korban | 1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
korban | 1. ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta dll utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2. kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3. orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1. memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2. memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1. menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2. memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. | Kamus Pelajar |
amal | 1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikhtiar | daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adat | peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penterjemahan mesin(mechanical translation) | Penterjemahan yang dilakukan dengan menggunakan komputer, bukan yang dilakukan oleh manusia. | Kamus Komputer |