estet | (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipajukan | diajukan, dimajukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paju | ark; dipajukan diajukan, dimajukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
estet perindustrian | kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayuan | 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih rendah: membuat ~ bagi meringankan hukuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekat | sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembaikbiakan | perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawaan(carry) | 1. Isyarat atau fungsi yang terhasil akibat limpahan. 2. Nilai yang dimajukan ke tahap seterusnya akibat penambahan dua angka yang menghasilkan nombor yang lebih besar daripada yang boleh ditampung oleh kedudukan nombor. | Kamus Komputer |
rayuan | 1 pujukan (hiburan, janji yg muluk-muluk dll) utk menyedapkan hati. 2 permohonan atau permintaan yg dimajukan: Peguamnya telah membuat ~ supaya hukuman itu diringankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baik biak | ; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |