tabal | 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menobatkan | menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nobat | 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyian sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg bermain ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun berhentilah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan menobatkan, penabalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |