Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipanggil

Puisi
 

Sirih kuning di Bongor Lambok,
     Tahu dipanggil Apek Serona;
Putih kuning sarananya tajuk,
     Nak panggil tak tahu nama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Disuruh pergi dipanggil datang,
     bekerja kerana perintah,
berhenti kerana tegah.

Bermaksud :

Patuh menurut perintah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ralat panggil(call error)Ralat yang berlaku apabila subrutin tidak berjaya dipanggil, mungkin kerana terlalu banyak subrutin telah dipanggil atau subrutin yang dipanggil tidak wujud.Kamus Komputer
panggil; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; memanggil-manggil menyebut (meneriak­kan) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya; memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menye­but) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya; terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpe­ngaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu; panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajak­an, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran ter­perinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu); sepemanggil sejauh suara orang memanggil.Kamus Dewan Edisi Keempat
memanggil1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
terpanggil1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpe­ngaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
jawabbalasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawabbalasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergelarmemakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bidan terjuna) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir);Kamus Dewan Edisi Keempat
bidan tarika) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir);Kamus Dewan Edisi Keempat
jawabbalasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut:Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan,/b> apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan:~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.Kamus Pelajar
123456789

Kembali ke atas