mencadangkan | 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harga pasaran | (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taja jamin | (Eko) persetujuan atau tindakan menjamin utk membeli atau menyerap semua terbitan saham yg tidak dapat dijual kpd orang ramai dgn harga yg dipersetujui: beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut; menaja jamin 1. bersetuju utk membeli semua saham baru yg tidak dibeli orang ramai pd harga yg ditetapkan bersama: pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pd satu kadar faedah yg dipersetujui; 2. bersetuju utk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dsb): projek perumahan yg terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yg ~ projek itu; penajajaminan proses atau hal menaja jamin; penaja jamin bank, institusi kewangan dsb yg menaja jamin: beberapa buah bank telah mengambil bahagian sbg ~ saham terbabit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piawaian(standard) | 1. Takrif tentang perkakasan atau perisian yang dipersetujui pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, atau industri. 2. Barangan yang mematuhi peraturan yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
minit II | catatan tentang apa yg telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa I | 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatanan | kata nama peraturan atau sistem yang ditetapkan atau yang dipersetujui bersama-sama | Kamus DBP versi dalam Talian |
khuluk I | Ar perceraian yg diminta oleh isteri dgn bayaran menurut jumlah yg dipersetujui, tebus talak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang tara | (Udg) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yg telah dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yg dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbang tara pihak ketiga yg menyelesaikan sesuatu pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan di-selesaikan dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |