rizab | sesuatu yg diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pd masa yg akan datang, simpanan; hutan ~ hutan simpanan (yg dikawal); tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yg dikhaskan) utk satu-satu tujuan (golongan) yg tertentu; ~ kerbau lembu kawasan yg ditentukan oleh kerajaan hanya utk ternakan kerbau lembu; ~ Melayu kawasan khas utk orang Melayu; merizabkan memasukkan ke dlm bahagian simpanan, mengkhususkan (tanah dll) utk sesuatu tujuan: kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar utk ternakan kerbau lembu; kawasan ini telah dirizabkan utk orang Melayu; perizaban perbuatan merizabkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khas | Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vot | amaun wang yg diperuntukkan bagi sesuatu projek atau aktiviti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
slot | ruang waktu yg diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dll) disiarkan: ~ berita telah diperkenalkan oleh TV3 sejak tarikh penubuhannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatah | Id jumlah yg diperuntukkan bagi sesuatu maksud (spt barang yg harus dikirim ke suatu tempat, orang yg boleh naik haji pd tahun tertentu, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zon(zone) | Bahagian storan yang diperuntukkan bagi tujuan atau fungsi tertentu. | Kamus Komputer |
ingatan kerja(working memory) | Bahagian ingatan utama yang diperuntukkan untuk memegang data sementara semasa pemprosesan sedang berlangsung. Ini berbeza dengan ingatan sokongan pita dan cakera liut yang memegang data kekal. | Kamus Komputer |
tindanan perisian(software stack) | Kawasan dalam ingatan yang telah diperuntukkan oleh atur cara untuk memegang data kelolaan yang perlu disimpan untuk sementara waktu kerana melayan sampukan, lelaran, atau subrutin. | Kamus Komputer |
reka bentuk data(data design) | Format atau bentangan yang diperuntukkan bagi data. | Kamus Komputer |
kawasan output(output area) | 1. Kawasan dalam ingatan utama yang diperuntukkan bagi simpanan data yang akan dipindahkan ke peranti luar. 2. Tempat hasil pemproses keluar atau boleh didapati. | Kamus Komputer |