hasil terakru | (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanja terakru | (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfailkan | 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kredit | /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kredit | /krédit/ 1. jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2.b kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3. butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4. (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5. darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar |
fail | 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belanja | 1. wang utk membeli (membayar) sesuatu: kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ utk kebajikan masyarakat; 2. wang utk keperluan sehari-hari (utk membeli bahan makanan dll): barang kemasnya dijual utk dijadikan ~; 3. wang yg dibayar sbg upah atau gaji atas khidmat seseorang: ~ bidan; 4. bp = berbelanja membeli barang-barang: ia sedang ~ di pasar; 5. bp = membelanjai; ~ dapur a) = ~ hangus pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan (walinya dll) utk biaya perkahwinan; b) = ~ pasar = wang ~ wang utk membeli bahan makanan hari-hari; ~ hidup wang utk membeli barang keperluan hidup; ~ mati ark gaji yg telah ditentukan; ~ pos wang utk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos; ~ terakru (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; berbelanja 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah;membelanjai 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang ;membelanjakan mengeluarkan wang utk sesuatu keperluan: sedang dibuat rang undang-undang bkn dgn hal ~ wang negara; belanjaan Jw 1. benda-benda yg dibeli (di pasar dll); 2. berbelanja; perbelanjaan perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; pembelanja orang yg suka berbelanja (biasanya secara boros). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil | 1. segala sesuatu yg didapati atau diperoleh (drpd tanah, usaha dan kegiatan, dll), pendapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~ padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan didermakan kpd tabung bencana banjir; 2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara; ~ bahagi (Mat) hasil atau dapatan yg diperoleh drpd membahagi-bahagikan satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri; ~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan (spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~ negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~ purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg pertama dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~ pertanian barang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok ark cukai mengikut bilangan pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); ~ semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah; b) hasil bumi; ~ tapak ark cukai tanah bersama cukai yg belum dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~ terakru (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; ~ utama Id hasil yg pokok (yg terutama); berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;menghasilkan 1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diperdapat;keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; penghasilan 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |