tersemai | 1. telah disemai(kan); 2. ki telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semaian | 1. sesuatu yg disemai, semai; 2. = persemaian, pesemaian tempat menyemai(kan): tapak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi bibit | padi yg bakal disemai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bibit I | 1. sesuatu utk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yg akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan): kacang itu sempat membiak ~ dlm masa beberapa bulan sahaja; padi ~ padi utk dijadikan benih; 2. sesuatu yg akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu: kemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yg subur utk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pd manusia; pergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yg tiada taranya; membibitkan menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dsb), menimbulkan, menerbitkan: pertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak semaian | tempat anak benih dsb disemai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nurseri | 1. tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam utk dijual dsb; 2. bp taska. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang IV | Mn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak I | ~ semaian tempat anak benih dsb disemai. | Kamus Pelajar |
pengabus | alat utk menghasilkan kabus atau utk menyebabkan terjadi kabus: Keratan itu disemai dan ditanam dlm pasir serta dilembapkan dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benih | 1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |