terseret | (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terseret | 1 (telah) diseret: Mainan adiknya ~ kerana kainnya terlalu labuh. 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. 3 terpaksa mengikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertarik | 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesar | bunyi spt bunyi tikar diseret, desar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
morain | ist longgokan batu, tanah dll yg diseret dan ditinggalkan oleh sungai air batu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
morain | ist longgokan batu, tanah dll yg diseret dan ditinggalkan oleh sungai air batu. | Kamus Pelajar |
morain | (Geo) longgokan atau timbunan tanah, batu, puing, dsb yg diseret dan dimendapkan oleh glasier. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesir III | bunyi spt bunyi tiupan angin (pasir ditiup angin, daun-daun diseret, wap keluar drpd cerek, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meninju | memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seret I | (sérét); kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela; menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |