Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disimpannya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
surat1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dlm sebuah peti. 2 = ~ kiriman kertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut. ~ beranak (jadi, lahir) surat yg berisi keterangan ttg kelahiran seseorang. ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan supaya tidak hilang. ~ buta (layang, terbang) surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya bertujuan utk mengecam dsb). ~ doktor surat drpd doktor yg menyatakan bahawa sese­orang itu sakit dan tidak dpt bekerja. ~ edaran (keliling, pekeliling) surat yg diedarkan kpd orang ramai utk memberitahukan sesuatu. ~ gadai surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang. ~ izin (kebenaran) surat yg menyatakan bahawa pemegangnya dibenarkan me­lakukan sesuatu. ~ jemputan (undang­an) surat utk mengundang orang datang menghadiri sesuatu majlis dsb. ~ kahwin (nikah) surat yg menandakan bahawa sesuatu kelamin itu telah berkahwin dgn sah. ~ keterangan surat yg berisi keterangan mengenai sesuatu. ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd seseorang utk melakukan atau utk mewarisi sesuatu. ~ mati surat yg mengesahkan kematian seseorang. ~ perjanjian surat yg berisi butir-butir perjanjian yg telah dibuat. ~ permintaan (permohonan) surat utk meminta atau utk memohon sesuatu. ~ pujian (puji-pujian) surat yg berisi puji-pujian ttg sesuatu. ~ rayuan surat utk merayu ttg sesuatu. ~ salinan surat yg disalin drpd surat asal. ~ saman surat yg menuntut seseorang hadir di mahkamah utk dibicarakan. ~ sumpah a. surat yg dikeluarkan oleh kerajaan utk mengganti surat beranak. b. surat yg menandakan bahawa seseorang itu telah mengangkat sumpah. ~ terbuka a. surat yg tidak bersampul. b. surat yg disiarkan di akhbar-akhbar. ~ wakil surat yg membolehkan pembawanya bertindak sbg wakil kpd orang yg mengeluarkan surat itu. ~ wasiat surat yg menyatakan bagaimana dan kpd siapa seseorang itu mahu hartanya dibahagi-bahagikan setelah ia mati. bersurat 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. menyurat 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. surat-menyurat 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. menyurati menulis atau mengirim surat kpd: Setiap bulan, saya ~ ibu di kampung. menyuratkan 1 menulis atau mencatat sesuatu dlm bentuk surat. 2 ki menentukan terlebih dahulu; mentakdirkan: Tuhan yg ~ hidup kita begini. tersurat 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. suratan 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. persuratan hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. penyuratan hal (perbuatan dsb) me­nyurat atau menyuratkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surat 1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dalam sebuah peti.Kamus Pelajar
belahan1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalik-balik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel;Kamus Dewan Edisi Keempat
fail1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik.Kamus Dewan Edisi Keempat
mana-mana1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
banyak1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banyak1. besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2. jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek `Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1. sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan India. 2. biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3. biasa: orang ~ orang biasa. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu.Kamus Pelajar
mana1. = yg ~ kata yg digunakan utk mena­nyakan benda dlm satu kumpulan (kelom­pok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mung-kin, mustahil: kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah me-nolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa, apa sahaja: ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebe­lumnya): kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menye-dihkan; ~ ... ~ ... baik... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~ ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas berdesak-desak pula; mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
belah I1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya; ~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar; sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya; menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku; menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya; berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya; membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalikbalik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; pembelah alat utk membelah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas