Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disunting

Puisi
 

Bungasena di hujung ranting,
     Ditiup angin gugur ke lain;
Jika bunga tak hendak disunting,
     Boleh dibuat peraksi kain.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suntingan1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kekardinalan(cardinality)Jumlah huruf dalam ayat yang sedang disunting atau disemak oleh pemproses kata.Kamus Komputer
baris sunting(edit line)1. Baris yang sedang disunting. 2. Baris yang mengandungi taraf penyuntingan yang sedang dilakukan. 3. Baris untuk memasukkan sebarang pembetulan atau tambahan ke dalam fail teks atau fail atur cara yang sedang dipaparkan oleh komputer.Kamus Komputer
menyepakmemukul dgn kaki, menendang, mendepak: ia ~ punggung temannya; ~ bola; ~ raga; bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu yg membenci mentuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bentuk Backus-Naur(Backus-Naur form)Sistem tatatanda untuk menulis rangka rasmi sintaksis bahasa pengaturcaraan, terutama sintaksis bahasa pengaturcaraan berstruktur seperti Pascal. Sistem ini diperkenalkan oleh John Backus untuk menerangkan mekanisme bahasa Algol 60 dan laporannya telah disunting oleh Peter Naur.Sinonim bentuk Backus normal.Singkatan BNF.Kamus Komputer
sepak(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-geri, sikap; bola ~ sj permainan bola di padang dgn cara menyepak; bersepak bermain sepak; ~ raga bermain sepak raga; menyepak memukul dgn kaki, menendang, mendepak: ia ~ punggung temannya; ~ bola; ~ raga; bunga disunting perdu disepak buang prb a) seseorang yg gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya; b) perihal anak menantu yg membenci mentuanya; menyepakkan memukulkan dgn kaki, me-nendangkan; sepakan hasil menyepak, tendangan; ~ sudut tendangan penjuru.Kamus Dewan Edisi Keempat
suntingperhiasan berupa bunga dll yg dicu­cukkan di rambut atau di belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas; ~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai di belakang telinga; bersunting, bersuntingkan memakai sun­ting (drpd bunga dll); menyunting 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~ bunga mawar di sanggulnya; 2. me­masukkan kata pendahuluan dll (dlm buku dll), mencantumkan; mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan: bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk ~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna; suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); penyunting orang yg menyunting (karang­an, filem, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas