simbol luaran(external symbol) | Nama kawalan, titik input, atau rujukan luaran yang dikodkan di tempat lain, tetapi ditakrifkan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
ketampakan | keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempatan(local) | 1. Kenyataan untuk memberitahu sistem bahawa pemboleh ubah, rutin, atau prosedur mempunyai pengaruh di kawasan tempat ia ditakrifkan sahaja. 2. Sifat peranti yang hanya mempunyai pengaruh di suatu kawasan terhad dalam sistem, dan bukan keseluruhan sistem. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah setempat(local variable) | Pemboleh ubah yang hanya mempunyai pengaruh pada bahagian atur cara atau subrutin di tempat ia ditakrifkan. | Kamus Komputer |
panggilan tempatan(local call) | Panggilan yang dibuat oleh rutin bagi menggunakan rutin atau sumber yang berada dalam kawasan atur cara yang sama dengan tempat panggilan ditakrifkan. | Kamus Komputer |
saiz kata(word size) | 1. Panjang bit bagi daftar atau satu kedudukan ingatan untuk sesuatu mesin. Panjang bit ini bergantung pada kemampuan pengelolaan kumpulan bit terbesar dalam mesin tersebut. 2. Panjang bit data yang biasanya ditakrifkan sebagai 16 bit. | Kamus Komputer |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |