tertelan | 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telan | ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertelan | sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertelan | sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar |
seteguk | sebanyak yg ditelan sekali (ttg air dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seteguk | sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seteguk | sebanyak yg ditelan sekali (ttg air dsb). | Kamus Pelajar |
ubat dalam | ubat yg ditelan atau dimakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguk | seteguk sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap; meneguk minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi masing-masing; tegukan sesuatu yg diteguk; ketegukan ark tersedak, kesedakan; deguk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termengkelan | tersangkut di kerongkong (makanan yg ditelan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |