Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditentang

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Mata bertentang jantung berdebar;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Semakin ditentang semakin gementar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan ditentang matahari condong,
     takut terturut jalan tak berintis.

Bermaksud :

Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seteruorang yg ditentang dlm pe­perangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~, lebih baik banyak sahabat. berseteru 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. perseteruan perbuatan (hal dsb) ber­seteru; permusuhan: Sistem ini telah menimbulkan ~ dan persaingan hebat di kalangan keluarga Umaiyah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seteruorang yg ditentang dlm peperangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~ lebih baik banyak sahabat.Kamus Pelajar
musuh1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musuh I1. orang yg ditentang (dlm pepe­rangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg meng­ancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg me­rosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbang­an, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada ban­dingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tum­buhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling.Kamus Dewan Edisi Keempat
musuh1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat muKamus Pelajar
habis-habisan1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyelesaian1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selesai1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu.Kamus Pelajar
habis-habisan1. sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2. sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~.Kamus Pelajar
penyelesaian1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas