catu | , = catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dos | sukatan ubat yg ditentukan atau yg disarankan (oleh doktor dsb) yg perlu diambil pd sesuatu masa. ~ maut dos yg melebihi sukatan yg ditentukan, yg boleh menyebabkan kematian manusia atau haiwan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
catu | = catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1. mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2. memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3. membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu. | Kamus Pelajar |
catu | bahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu(kan), pembahagian catu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untuk | 1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencatu | 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menentukan | 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jam masa nyata | (Komp) a) peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); b) isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untuk | 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan menetapkan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencatu | 1. mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2. memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurangan makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3. membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. | Kamus Pelajar |