misteri | sesuatu yg tidak mudah difahami atau diterangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misteri | sesuatu yg tidak mudah difahami atau diterangkan. | Kamus Pelajar |
mengilustrasikan | memberikan atau menunjukkan ilustrasi bagi sesuatu yg diterangkan; menjelaskan sesuatu dgn memberikan ilustrasi bagi barangan dsb yg dijelaskan: Jurujual itu ~ model-model barangan yg dipromosikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misteri | 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita, filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawabannya; kemisterian keadaan penuh misteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walhal | 2/ meskipun; sungguhpun: Ia masih belum memahami masalah itu ~ sudah berkali-kali diterangkan. | Kamus Pelajar |
walhal | 1 padahal; dlm pd itu: Dia mahu lagi akan biskut itu, ~ ia sudah kenyang. 2 meskipun; sungguhpun: Ia masih belum memahami masalah itu, ~ sudah berkali-kali diterangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ilustrasi | gambar, diagram dll dlm buku, majalah dsb. berilustrasi ada ilustrasi: kamus ~ kamus yg memberikan makna dlm bentuk gambar, diagram dsb serta keterangan sedikit. mengilustrasikan memberikan atau menunjukkan ilustrasi bagi sesuatu yg diterangkan; menjelaskan sesuatu dgn memberikan ilustrasi bagi barangan dsb yg dijelaskan: Jurujual itu ~ model-model barangan yg dipromosikan. pengilustrasian perbuatan atau hal mengilustrasikan sesuatu: Buku itu mencapai tahap penulisan dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan. pengilustrasi orang atau pihak yg membuat ilustrasi: Tujuan lukisan dlm komik itu terletak pd ~ itu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhurai | 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahsia | 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang; ~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urusan pejabat; berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang; berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku; merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya? kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~; perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu; perahsia suka berahsia: anak muda itu pendiam dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |