imlak | Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana; mengimlakkan menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang lain, merencanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat I | 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg mengesahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai kelahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk mengkritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat pengakuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan berkeberatan; ~ kenalan surat utk memperkenalkan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di manamana; ~ pemberitahuan surat utk memberitahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun mengambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; sebagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan hamba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilion | 1. (di Britain) satu juta juta, ditulis sbg 1 000 000 000 000 atau 1012; 2. (di AS) satu ribu juta, ditulis sbg 1 000 000 000 atau 109; berbilion, berbilion-bilion beberapa bilion, beberapa banyak bilion. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buku II | helaian kertas berjilid yg berisi tulisan dsb utk dibaca atau yg mengandungi ruangan kosong utk ditulis; ~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dll) dlm perakaunan utk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi; ~ catatan buku tempat ditulis catatan; ~ harian a) buku catatan kirakira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); ~ hitam buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; ~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yg dicatat buat pertama kalinya; ~ kecil buku yg kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; ~ kedatangan buku yg menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari; ~ kerja buku yg mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yg diajarkan serta soalan-soalan yg perlu dijawab oleh pelajar; ~ kosong buku yg belum bertulis (bercetak) apa-apa di dlmnya; ~ laporan buku yg mengandungi laporan (tentang kerja dsb); ~ latihan = ~ rampaian buku utk murid sekolah membuat latihan berhubung dgn sesuatu pelajaran); ~ panduan buku yg menjadi panduan dlm mengerjakan sesuatu pekerjaan; ~ pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat; ~ putih buku yg mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu; ~ rujukan buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; ~ sekolah buku yg dipakai oleh murid (pelajar) sekolah; ~ simpanan bank buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; ~ teks buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; ~ terpakai buku yg sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali; ~ tulis buku kosong utk menulis; ~ tunai buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; tidak masuk ~ bp tidak masuk kira;membukukan 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;kebukuan spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;pembukuan 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daftar | susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daftar | susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1. mempunyai daftar. 2. termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1. orang yg mendaftarkan. 2. orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. | Kamus Pelajar |
rangkai | beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termaktub | telah ditulis atau dicatat; tertulis: Perkara keistimewaan orang-orang Melayu ada ~ dlm Perlembagaan Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dwibahasa | 1 ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: Majalah ‘Readers’ Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya. 2 boleh bertutur dlm dua bahasa dgn baik: Kebanyakan orang Malaysia ~. mendwibahasakan membuat, menyusun atau menghasilkan sesuatu terbitan (buku, majalah dsb) dlm dua bahasa: Usaha sedang dijalankan utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan. kedwibahasaan 1 sifat atau keadaan wujud dlm dwibahasa: ~nyalah yg menyebabkan kamus tsb laris dijual. 2 sifat atau keadaan dpt bertutur dlm dua bahasa dgn baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercatat | telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |