pembangunan bawah ke atas(bottom-up development) | Teknik pelaksanaan atur cara berstruktur yang bermula dengan modul yang paling rendah dikarang dan diuji. Selepas modul tersebut siap, modul aras rendah kedua pula dikarang dan diuji. Ini dilakukan sehingga semua modul siap. | Kamus Komputer |
teruji | (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan uji | a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersompek | menjadi sompek: ia diuji bagi menjamin ketahanan drpd ~, tergaris, dan pecah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rutin pustaka(library routine) | Rutin lengkap yang telah diuji dan didokumenkan dan terdapat dalam pustaka atur cara sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
sains | 1. ilmu pengetahuan yg teratur (sistematik) yg boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; 2. cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebenaran | 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kati I | ukuran berat yg sama dgn 16 tahil; se~ sama berat, diuji sama merah prb sama tinggi darjatnya; mengati menimbang dgn kati; katian bp timbangan kati, ditimbang dgn kati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pustaka sokongan(support library) | Pustaka yang mengandungi atur cara dan subrutin lengkap yang telah diuji dan didokumenkan untuk membantu penggunaan sistem perkakasan dan/atau perisian. | Kamus Komputer |
pensijilan(certification) | Penerimaan dan pengesahan mutu perisian oleh pihak berkuasa selepas kemampuan perisian tersebut diuji atau ditunjuk cara. | Kamus Komputer |