wattan | jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wattan | jumlah kuasa elektrik yg diukur dlm nilai watt. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersukat | 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
altitud | ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aras tinggi | ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut, altitud; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepersisan(precision) | Darjah kejituan sesuatu kuantiti kiraan yang diukur dari segi jumlah digit selepas titik perpuluhan pada nombor yang digunakan untuk menyatakan kuantiti tersebut. Kepersisan sesuatu kuantiti mungkin tinggi tetapi tidak semestinya tepat. | Kamus Komputer |
voltan | (Fiz) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt); ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dsb); ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rating | bp kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yg diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dsb: tayangan klip video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~ rancangan dan keuntungan hasil iklan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidas | memilin dua atau tiga utas benang dll menjadi satu: jikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garisan lintang | a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |