mengurus | 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terurus | sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urusan | 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terurus | dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urusan | 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terurus | dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. | Kamus Pelajar |
bersubsidi | mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tidak keurus | tidak terpelihara (dijaga, diurus) dgn baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus | 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. | Kamus Pelajar |
taman hutan | ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |