Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dr


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lolos1 lepas dr tempatnya (spt cincin dr jari atau gelang dr tangan); lucut. 2 lepas dr kurungan atau kepungan. meloloskan 1 melucutkan atau menanggalkan sesuatu dr tempatnya. 2 melepaskan atau membebaskan diri dr kurungan atau tangkapan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meninggalkan1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
monsunangin bermusim yg bertiup di Lautan Hindi, iaitu dr bahagian barat daya dr bulan April hingga Oktober, dan dr bahagian timur laut dr bulan November hingga Mac. iklim ~ iklim yg terdapat di kawasan yg dipengaruhi oleh monsun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meninjau1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tinjau; meninjau 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. tinjauan hasil meninjau; pandangan. peninjauan perbuatan atau hal meninjau. peninjau orang yg meninjau: askar ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
turun I1 pergi dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah; pergi dr atas ke bawah; lw naik. 2 datang dr hulu ke hilir atau dr daerah pedalaman ke bandar: Ia ~ ke bandar utk membeli-belah. 3 mengendap ke bawah (ttg hampas kopi, keladak dll); surut (ttg air); hampir terbenam (ttg matahari, bulan dll). 4 keluar dr rumah atau dr kenderaan. 5 menjadi kurang atau menjadi rendah drpd biasa (ttg harga dll): Harga getah sudah ~. 6 datang atau jatuh (ttg hujan atau salji); datang bertiup (ttg angin atau ribut): Petang itu ~lah ribut serta hujan yg sangat lebat. 7 hilang warnanya (ttg kain dll); luntur: Warna kain batik ini tidak ~. ~ darah keluar darah dgn banyaknya (ttg perempuan yg bersalin atau keguguran). ~ ke sawah pergi bekerja di sawah. ~ minyak menjadi berang atau ganas (ttg gajah dll). ~ naik, = naik ~ a. sekejap naik, sekejap turun (ttg nafas, harga dll). b. tidak sama atau tidak rata (ttg jalan dll). ~ padang pergi sendiri ke sesuatu tempat utk menyiasat, meninjau dsb sesuatu keadaan, masalah dll (bkn ketua, pem­besar dsb): Mereka bersemangat semula utk menyiapkan projek tsb selepas ketua mereka ~ padang. ~ takhta tidak lagi menjadi raja dgn kehendak sen­diri; makzul. ~ tangga turun melalui tangga. ~-temurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. menurun 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan sese­orang. menuruni 1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang. menurunkan 1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh. terturun turun (dr tempat tinggi ke tempat yg lebih rendah) dgn tidak sengaja: Kapal terbang itu ~ apabila menerbangi kawasan yg bertekanan rendah. turunan 1 = keturunan anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. 2 peranakan atau kacukan: ~ Keling. 3 sesuatu yg turun-temurun: penyakit ~ penyakit yg turun-temurun. keturunan 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. berketurunan berasal dr keturunan; mempunyai keturunan drpd: Orang-orang ~ Cina banyak yg menetap di sini. penurunan 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
terjunmelompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
undur, = berundur 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. mengundurkan 1 menggerakkan ke belakang: Ia ~ keretanya. 2 menarik ke belakang; menyuruh berundur: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ musuh dr situ. 3 menangguhkan ke waktu yg lain; menunda: Ahmad ~ hari perkahwinannya ke bulan depan. ~ diri a. menarik diri; meletakkan jawatan; berhenti. b. pergi (dr); meninggalkan (sesuatu tempat): Kerana terlalu bising, ia ~ diri dr majlis tari-menari itu. pengunduran perbuatan atau hal mengundurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jauh1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serong/sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedi­kit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hati­nya; curang. menyerong me­nyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas