dramatik | 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendramatisasikan | 1. mengolah sesebuah tulisan (cerita, dll) menjadi bentuk drama; 2. mempersembahkan atau menggambarkan sesuatu secara dramatik: inilah yg sebenarnya telah ~ pemilihan teologi dlm Islam; 3. menonjolkan kepentingan (keseriusan) sesuatu peristiwa (keadaan, dll) secara yg agak keterlaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dramatisasi | ; mendramatisasikan 1. mengolah sesebuah tulisan (cerita, dll) menjadi bentuk drama; 2. mempersembahkan atau menggambarkan sesuatu secara dramatik: inilah yg sebenarnya telah ~ pemilihan teologi dlm Islam; 3. menonjolkan kepentingan (keseriusan) sesuatu peristiwa (keadaan, dll) secara yg agak keterlaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendasari | menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendensi | (téndensi) kecenderungan (terhadap sesuatu): cerita yg ~nya dikatakan memusuhi rakyat dan memusuhi perdamaian; Usman Awang memperlihatkan ~nya ke arah mem-perkembangkan cerita melalui aksi dramatik; bertendensi mempunyai atau menunjukkan kecondongan (kecenderungan), berkecenderungan: selain drpd itu banyak lagi syair yg ~ spt itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dasar | 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling ~ bagi zamannya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |