restu | 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedar | 1 tahu akan keadaan yg sebenarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat menjadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembok | /témbok/ 1 dinding atau benteng yg dibuat drpd batu bata dll. 2 tambak yg dibuat drpd batu dll. ~ penahan binaan drpd konkrit di lereng bukit, tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan dsb drpd runtuh. menembok mendinding atau menambak dgn tembok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memecat | memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudip | alat yg dibuat drpd bilah atau drpd kayu utk mencedok atau utk menyenduk nasi dll. ~ sepatu alat spt sudu utk memudahkan memasukkan kaki ke dlm kasut. ~ tangan alat bermata lebar dan melengkung yg digunakan utk menggemburkan tanah dsb. menyudip mengaut atau menyenduk dgn sudip. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pecat | ; memecat memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. pemecatan perbuatan atau hal memecat: ~ pegawai daerah itu masih dipersoalkan orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turun-temurun | berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenaga elektrik | tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudut cakah | sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tua | 1 sudah lama hidup; tidak muda lagi; sudah berumur: Neneknya sudah ~. 2 lebih umur (drpd): Anaknya ~ tiga bulan drpd anak jirannya. mak ~ saudara perempuan yg sulung kpd ibu atau kpd bapa. 3 sudah lama; tidak baru lagi; sudah ada sejak dahulukala lagi: Kerisnya ~ tetapi masih berharga. 4 sudah masak atau sudah boleh dipetik (ttg buah-buahan): Buah nangka itu sudah ~. 5 agak hitam; kehitam-hitaman warnanya; lw cerah: merah ~. ~ bangka orang yg sangat tua tetapi tidak senonoh kelakuannya. ~ ganyut sangat tua. ~ keladi orang yg tua tetapi tidak sedar diri kerana buruk perangai, gila perempuan dll. menuakan 1 menjadikan tua: ~ emas. 2 memandang atau menyifatkan lebih tua drpd. tertua 1 yg paling tua: Buku inilah yg ~ dlm perpustakaan ini. 2 lebih tua: Ahmad ~ dua tahun drpd Hassan. ketuaan sifat atau keadaan tua. ketua pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. pengetua kepala atau ketua sesuatu maktab (kolej dll): Encik Sanusi menjadi ~ Dewan Latihan itu. Yang Dipertua yg dijadikan ketua (sesuatu persatuan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |