empang I | 1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empangan | tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empang | 1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2 kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3 ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tandup | Kd empangan air (di sungai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berempangan | mempunyai empangan: sungai yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empang | 1 = empangan, pengempang tambak utk menahan air (supaya air dpt dialirkan ke tanah-tanah pertanian, dpt disimpan utk minuman atau utk mencegah banjir); bendung. 2. kolam tempat memelihara ikan; tebat. 3. ki penghalang sesuatu tujuan; perintang. mengempang 1. mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2. terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3. ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. terempang dpt diempang, sudah diempang; terbendung; tertahan: Tiada ~ peluru oleh lalang. pengempangan perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. | Kamus Pelajar |
pengempangan | perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat I | 1 timbunan tanah dll utk menyekat pengaliran air; bendung; empangan. 2 kolam dsb tempat memelihara ikan; balong. menebat 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 membuat kolam ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedah | 1. pecah, rabak, sobek (bkn bendungan dll): kerana hujan lebat, empangan itu telah ~; 2. berkaitan dgn (terlibat di dlm, digunakan utk) pembedahan: doktor ~; ilmu ~; perkakas ~; membedah 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab;pembedahan perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupaseseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;pembedah 1. orang (doktor) yg membedah; 2. alat utk membedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |