Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eng


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemurahan hatikebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
musafirAr orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian, pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah eng-kau dlm keadaan lapar; bermusafir melakukan perjalanan atau pe­ngembaraan: orang yg sedang ~; kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemurahan1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahayulAr 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu per­mainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali; ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
muafakat1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
murah1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berke­hendak lebih lagi (telah memperoleh kese­nangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas