sekitaran(environment) | 1. Keadaan atau tempat kerja bagi suatu sistem komputer. 2. Suasana perisian bagi membina, menguji, dan/atau melaksanakan atur cara. | Kamus Komputer |
sekitaran aman(friendly environment) | Keadaan atau tempat yang unggul untuk sistem komputer bekerja. Dalam keadaan begini, sistem dijangka dapat bekerja dengan baik kerana tiadanya gangguan pengaruh luar yang berat. Dengan itu, sistem direka bentuk dengan ketahanan sederhana dan tanpa banyak ciri untuk mengendalikan kegagalan luar dugaan. | Kamus Komputer |
sekitaran pangkalan data(data base environment) | Suasana tempat atau keadaan pangkalan data digunakan. | Kamus Komputer |