Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. mistake, kesilapan, kesalahan: a typing ~, kesilapan menaip; spelling ~s, kesalahan ejaan; 2. state of being wrong, kesilapan: the accident was caused by human ~, kemalangan itu disebabkan oleh kesilapan manusia; ~ of judgement, salah /pertimbangan, perkiraan/; in ~, tersilap: the documents were given to him in ~, dokumen itu tersilap diberikan kepadanya; the ~ of o’s ways, cara-cara hidup sso yg salah: she realized the ~ of her ways and decided to turn over a new leaf, dia sedar akan cara-cara hidupnya yg salah dan membuat keputusan utk mengubahnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata error


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ralat(error)1. Nilai kiraan, catatan, atau ukuran yang tersisih daripada nilai yang seharusnya diperoleh. 2. Kesilapan pada pengendalian yang berpunca daripada sistem.Kamus Komputer
semakan ralat(error checking)1. Pelbagai teknik yang digunakan untuk menyemak kesempurnaan keadaan dan taraf operasi atau data. 2. Kaedah yang digunakan dalam penghantaran data untuk menyemak data yang dikirim bebas daripada ralat.Kamus Komputer
sampukan ralat(error interrupt)Sampukan khas yang disediakan bagi menggerakkan rutin pembetulan untuk melakukan pembetulan apabila ralat tertentu terjadi.Kamus Komputer
penghantaran ralat(error transmission)Proses bagaimana ralat disebarkan ke dalam sistem.Kamus Komputer
pengesanan ralat(error detection)Pengesanan yang dilakukan dalam sistem penghantaran data untuk menentukan kewujudan ralat dalam data yang diterima. Ini dilakukan dengan meneliti bit kesetarafan dan bit semak jumlah.Kamus Komputer
pembetulan ralat(error correction)Teknik yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan ralat dalam atur cara atau dalam penghantaran data.Kamus Komputer
nisbah ralat(error ratio)1. Nisbah kadar kehilangan data berbanding dengan data yang selamat diterima. 2. Nisbah kadar kesilapan yang berlaku bagi sesuatu pengendalian. 3. Nisbah kadar kesilapan dalam dokumen yang ditaip.Kamus Komputer
mesej ralat(error message)Pesanan khusus yang telah disiapkan dalam atur cara, yang akan dipaparkan apabila ralat yang berkaitan wujud.Kamus Komputer
letusan ralat(error burst)Bit ralat berulangan yang wujud dalam alur bit.Kamus Komputer
kod ralat(error code)1. Kod suruhan atur cara yang tersilap dikodkan oleh pengatur cara. 2. Kod yang berkaitan dengan ralat tertentu.Kamus Komputer
123456

Kembali ke atas