sedemikian | seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegelian | 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkhuatiri | khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggabungkan | 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melancangkan | melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galak I | 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dendam | 1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~; ~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam; membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas perbuatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg amat sangat; berdendam menaruh dendam: Karim memang sudah lama ~ hendak membinasakan Pak Sudin; berdendam-dendaman saling menaruh dendam; mendendam, mendendami menaruh dendam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; dendam-mendendam saling mendendami; mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di tempat itu; dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya terhadap orang yg mengkhianatinya; kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu makin mendalam; pendendam (orang yg) suka berdendam, (orang yg) suka menaruh dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga seorang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggabungkan | 1. mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2. menjadikan bersatu; menyatukan:Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. | Kamus Pelajar |
mengerasi | 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeras-kerasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demikian | begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |