analisis faktor(factor analysis) | Kaedah yang digunakan untuk mengkaji saling tindakan antara faktor-faktor untuk menentukan faktor yang penting dan besarnya kepentingan itu. | Kamus Komputer |
limnologi | kajian tentang faktor-faktor biologi, fizikal dan kimia tasik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosiopolitik | berkaitan dgn atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geopolitik | (géopolitik) kajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosioekonomi | (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faham sosialis | faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosmopolitan | 1. terdiri drpd orang atau unsur-unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebangsaan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fenologi | (fénologi) kajian tentang sesuatu fenomena pd organisma berhubung dgn faktor iklim dan faktor lain, mis perpindahan burung disebabkan oleh faktor iklim, dan pembungaan yg berlaku pd masa tertentu dlm setahun atau sehari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faktor pertengahan pengeluaran | faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faktor pengeluaran | (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; | Kamus Dewan Edisi Keempat |