fail(file) | Sekumpulan rekod yang berkaitan atau set data yang dianggap sebagai suatu unit storan. | Kamus Komputer |
tataletak fail(file layout) | Susunan dan struktur fail, termasuk jujuk dan saiz komponennya. | Kamus Komputer |
struktur fail(file structure) | Format penyusunan medan rekod atau data dalam fail. | Kamus Komputer |
sela fail(file gap) | Ruang di antara blok dua fail berdampingan dalam storan yang sengaja diwujudkan sebagai penanda tempat akhir fail. | Kamus Komputer |
sandar fail(file backup) | 1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan. | Kamus Komputer |
saiz fail(file size) | Jumlah rekod atau jumlah bait yang dimiliki fail. | Kamus Komputer |
rekod fail(file record) | Rekod yang mengandungi butiran tentang fail. | Kamus Komputer |
pustakawan fail(file librarian) | Orang atau atur cara yang bertugas menyimpan dan menyerahkan mana-mana fail daripada kumpulan fail tersusun kepada pengguna atau atur cara yang memerlukannya. | Kamus Komputer |
pustaka fail(file library) | Kumpulan pelbagai fail yang disusun mengikut aturan tertentu untuk memudahkan gelintaran. | Kamus Komputer |
pindahan fail(file transfer) | 1. Kaedah memindahkan fail dari suatu kedudukan fizikal ke kedudukan lain. 2. Kaedah menghantarkan fail secara elektronik ke tempat lain melalui rangkaian komputer. | Kamus Komputer |