merupakan | 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
televisyen | (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacah | corak atau gambar yg dilukis pd kulit badan dgn cara melukai atau mencucuk-cucuk kulit badan dgn benda tajam dan diwarnai; tatu. bercacah terdapat gambar-gambar pd kulit (dibuat dgn cara mencucuk kulit dgn benda tajam dan diwarnai). mencacah 1 mencucuk-cucuk kulit dgn benda yg tajam atau dgn jarum. 2 membuat gambar pd kulit dgn mencucuk dan mewarnainya. pencacah 1 orang yg mencacah. 2 alat (jarum dsb) yg digunakan utk mencacah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
televisyen warna | televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
televisyen berwarna | televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerakan | 1. mengecapkan, mencetakkan; 2. meneladani gambar dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yg sebenar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamera | (kaméra) alat utk mengambil gambar foto; ~ digital kamera yg menghasilkan imej digital yg boleh disimpan dlm komputer, dipaparkan pd skrin dan dicetak; ~ kandid kamera kecil utk mengambil gambar seseorang, biasanya tanpa pengetahuannya; ~ polaroid kamera yg dapat menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil; ~ video kamera yg dapat merakamkan gambar serta bunyi; ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dapat dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyukkan | menjadikan berkerut-kerut; mengumalkan: Dia ~ gambar itu lalu membuangnya ke dlm bakul sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangkap | ~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yg ditangkap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertangkap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lukis | ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampakkan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepalanya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwaperistiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |