gandaan | hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gandaan | 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandaan | 1. hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. 2. yg digandakan atau yg diulang sebutannya:kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu; cepat-cepat dll). | Kamus Pelajar |
perkalian | 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem nombor perlapanan(octal number system) | Sistem nombor yang menggunakan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7, untuk mewakili sebarang nombor. Dalam sistem ini, nombor merupakan gandaan kuasa lapan. | Kamus Komputer |
dwipurwa | (Lin) pengulangan suku kata pertama pd kata akar dgn atau tanpa perubahan dlm nilai bunyi vokal yg terdapat pd suku kata pengulang (mis jejari drpd jari, bebenang drpd benang, dan sesendi drpd sendi), penggandaan suku kata pertama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda | 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganda | jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri;~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan 1. hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. 2. yg digandakan atau yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu; cepat-cepat dll). pergandaan 1. hal berganda atau berganda-ganda:~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2. hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. | Kamus Pelajar |
ganda I | 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kali I | 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. | Kamus Dewan Edisi Keempat |