Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bobbp gaya rambut utk wanita dan kanak-kanak yg rambutnya dipotong pendek dgn sekata di sekeliling kepala.Kamus Dewan Edisi Keempat
pegas1. besi baja yg nipis dan boleh melenting (terdapat dlm jam, senapang, dll), spring, per; ~ jam; ~ rambut pegas yg halus-halus spt rambut; gaya ~ kekuatan atau kuasa melen­ting; 2. Mn rotan dll utk memukul tilam dll; memegas 1. melenting, menganjal; 2. me­ngibas-ngibaskan kepak hendak terbang; 3. memukul tilam dll dgn rotan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
fesyen(fésyen) gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dll, (terutamanya yg terbaru) yg menjadi kegemaran ramai: berbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini; berfesyen menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dlm cara berpakaian dll): spt gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~; memfesyenkan membuat atau membentuk mengikut fesyen: jangan sekali ~ rambut yg tidak sesuai dgn raut wajah, umur, atau tempat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggang(lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dll); ~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup atau duduk bersenang­senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung); ~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri; ~ -lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-­suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah­-ubah dan masih tetap spt lama juga; berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg ber­tiup itu melenggang-lenggangkan rambut­nya; terlenggang-lenggang terayak-ayak, ter­ayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dll); lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2. pergerakan melenggang, ayunan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas