Datin | gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’ | gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’Sri | gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’Seri | gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dato’ Maharaja Indera | gelaran orang besar-besar negeri Perak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Adika | Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyebutan | 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datin Seri | gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paduka | 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato’ P~; Imam P~ Tuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indera | 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |